Friday, 22 September 2017

MARUAH DIRI

              Maruah diri boleh didefinasikan sebagai nama baik dan kehormatan diri. Setiap orang mempunyai maruah diri dan harus memeliharanya kerana jika seseorang itu gagal untuk berbuat demikian , nama baik mereka dan imej mereka akan tercemar. Seseorang yang tidak berusaha untuk menjaga maruah diri mereka,ia akan memberi impak negatif terhadap diri mereka serta keluarga mereka. Dengan ini, masyarakat akan memandang serong terhadap seseorang itu dan akan malu untuk menjalankan kehidupan seharian mereka kerana penghinaan tersebut. Sebelum kita melakukan sesuatu, kita harus berfikir dengan minda yang matang dan harus memikirkan kesan perbuatan yang kita lakukan.
             Terdapat banyak manfaat daripada penjagaan maruah diri kita. Antaranya ialah , kita akan sentiasa disayangi oleh orang ramai. Hal ini disebabkan , jika kita mempunyai sebuah imej yang terpuji oleh semua , kita akan sentiasa dihormati oleh masyarakat kerana akhlak terpuji kita. Jika tidak, kita akan dipulau oleh masyarakat kerana kita gagal memelihara maruah diri kita. Selain itu, kita akan dapat pahala. Sebagai seorang manusia , kita hendaklah patuh kepada perintah Tuhan yang menyuruh kita untuk memelihara maruah diri kita. Jika kita mengikuti perintah-Nya sudah tentu kita akan dapat pahala daripada perbuatan baik kita. Berikutnya, dengan penjagaan maruah diri kita, kita dapat membendung kadar jenayah yang berlaku di negara kita. Hal ini disebabkan, apabila kita tidak bergaul bebas dengan semua, jenayah seperti seks rambang dan pembuangan bayi akan dikurangkan. Dengan ini, kadar jenyah akan dikurangkan kerana terdapat mempunyai jati diri untuk memelihara maruah diri mereka.
             Terdapat banyak cara untuk memelihara maruah diri kita. Kami akan berbincang tentang beberapa tips untuk menjaga maruah diri mereka.
CARA PAKAIAN YANG BETUL


   Tidak kira lelaki atau perempuan, kita semua harus menjaga cara pakaian kita. Kita hendaklah pakai pakaian yang menutup aurat kita kerana dengan ini kita akan dihormati dan tidak akan dipandang serong oleh masyarakat. Penampilan kita memainkan peranan penting dalam penjagaan maruah diri kita. Sebagai contoh, untuk warga lelaki , jika mereka pakai pakaian yang tidak kemas atau yang berkoyak, sudah tentu masyarakat akan mempunyai persepsi yang buruk terhadap mereka. Warga lelaki pakai seperti itu kerana mahu mengikut trend sekarang iaitu trend budaya barat. Jika seseorang itu pakai pakaian yang koyak-rabak masyarakat akan memandang serong terhadap mereka dan orang akan takut untuk bergaul dengan mereka kerana cara pakaian mereka yang pelik dan ranggi. Warga perempuan pula harus pakai pakaian yang menutup aurat mereka dan tidak harus pakai pakaian yang ketat. Jika sesorang itu pakai pakaian yang ketat dan menjolokkan mata, warga lelaki atau sesiapa sahaja akan memandang rendah terhadap mereka. Selain itu, warga lelaki akan mengambil kesempatan atas mereka dan warga perempuan akan hilang kehormatan diri mereka. Ini sepatutnya tidak berlaku di persekitaraan kerana semua agama menyuruh kita pakai pakaian yang menutup aurat kita. Hal ini sebenarnya untuk kebaikkan diri kita dan harus mempraktikkannya. Jika semua orang berfikiran matang dalam menjaga cara pakaian mereka, maruah diri semua akan terpelihara dan akan hidup dalam keadaan yang aman damai.

CARA PAKAIAN PEREMPUAN YANG SALAH

CARA PAKAIAN LELAKI YANG SALAH 

CARA PAKAIAN LELAKI DAN PEREMPUAN YANG BETUL



KITA TIDAK HARUS BERGAUL BEBAS DENGAN RAKAN KITA


    Pergaulan kita dengan orang lain memainkan peranan penting dalam memelihara maruah diri kita. Kita hendaklah tahu batas kita apabila kita bergaul dengan seseorang. Kita tidak harus melampaui batas kita kerana orang lain akan mempunyai persepsi yang buruk terhadap kita. Persepsi mereka akan menjejaskan imej kita dan maruah diri kita akan tercemar. Sebagai contoh, jika seseorang perempuan bergaul bebas dengan lelaki tanpa batas kemungkinan masyarakat akan mempunyai persepsi yang buruk terhadap perempuan tersebut. Selain itu,lelaki tersebut mungkin mengambil kesempatan atas perempuan tersebut. Ini tidak bermaksud lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan, maksud yang kami ingin sampaikan adalah jangan melampaui batas anda. Jangan melampaui batas bermaksud , jangan sesekali membernarkan persentuhan antara lelaki dan perempuan. Selain itu, kita tidak harus terpengaruh dengan rakan kita. Sebagai contoh, kita tidak harus mengikuti rakan-rakan yang mengajak kita untuk meminum arak atau ke disko. Ini merupakan salah dari segi agama dan ini akan menambahkan dosa kita. Setiap agama berkata fakta yang sama dan tiada agama yang mengalakkan pergaulan bebas. Sebab setiap agama tahu bahawa kesan pergaulan bebas adalah sangat besar. Contohnya, jika satu pasangan lelaki dan perempuan bergaul bebas, ada kemungkinan besar untuk mereka melakukan hubungan seks. Ini akan mengakibatkan anak luar nikah. Kesannya, maruah diri mereka serta maruah keluarga akan tercemar. Kedua-dua pihak akan malu untuk berhubung dengan dunia luar kerana perbuatan yang tidak bermoral tersebut. Kita hendaklah fikir masak-masak sebelum melakukan seasutu benda kerana ia akan menjejaskan maruah diri mereka.

LELAKI DAN PEREMPUAN MEROKOK BERSAMA









   

KESAN PERGAULAN BEBAS 

IBU BAPA HENDAKLAH MENGAMBIL INISIATIF UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK UNTUK BERTUTUR DEGAN SOPAN


   Kita juga hendaklah menjaga cara percakapan kita dengan orang lain. Sebagai contoh, semasa bercakap kita tidak harus menggunakan kata-kata kesat dan bercakap dengan sopan santun dengan mereka. Ini akan menjejaskan maruah diri seseorang terutamanya warga perempuan. Jika seseorang perempuan menggunakan kata-kata kesat di khalayak ramai , masyarakat akan pandang rendah terhadap mereka dan tidak akan menghormati mereka. Hal ini juga untuk kaum lelaki kerena kedua-dua pihak mempunyai maruah diri tersendiri yang hendak dipelihara. Ibu bapa hendaklah mengambil inisiatif untuk mendidik anak-anak mereka mengenai hal ini. Anak-anak harus dicorakkan dari keccil lagi dan peranan ibu bapa dalam hal ini amat dominan. Contohnya, setiap kali kita terserempak dengan seseorang  yang kita kenal ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak mereka untuk bersalaman dengan mereka dan bercakap dengan sopan santun apabila berbual dengan mereka. Jika kita berbuat demikian mereka akan mempunyai pandangan yang baik terhadap kita. Ini akan dapat pelihara maruah diri kita serta keluarga kita. 


BERSALAM DENGAN ORANG YANG KITA KENAL

KITA TIDAK HARUS MENGENDAHKAN ORANG YANG KITA KENAL




ADAB PERCAKAPAN