Friday, 22 September 2017

KITA TIDAK HARUS TERPENGARUH DENGAN DUNIA LUAR
   
      Negara kita sentiasa maju dan pelbagai revolusi sedang berlaku. Revolusi itu mungkin baik dan mungkin buruk. Kita tidak harus mengikuti revolusi itu bersama. Kita harus ada pegangan agama yang kuat untuk tidak terpengaruh dengan revolusi tersebut.Setiap orang mempunyai agama tersendiri yang mereka praktikkan dan agama tersebut memberi penekanan untuk menjaga maruah diri mereka. Jika seseorang itu tidak dapat menjaga maruah diri mereka ini  bermaksud mereka tidak mempunyai pengangan agama yang kuat. Setiap agama tidak menyuruh seseorang untuk menjual diri mereka atau bergaul bebas dengan semua sebaliknya setiap agama merupakan asas hidup sesorang. Kita hendaklah mendalami pengetahuan kita dalam agama kita dan harus menghayati ayat-ayat dalam agama masing-masing. Sebagai contoh, seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama yang kuat akan memakai pakaian yang salah dari segi agama mereka kerana kurang pengetahuan tentang agama mereka sendiri. Jika mereka tahu tentang agama mereka, mereka tidak akan berbuat demikian. Itu bukan salah mereka sepenuhnnya kerana peranan ibu bapa amat penting dalam aspek ini. Hal ini disebabkan, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka dari kecil lagi untuk memahami agama mereka dan ibu bapa sendiri harus menjadi contoh teladan kepada anak-anak mereka. Kami menekankan pegangan agama yang kuat kerana ia boleh mencorakkan kehidupan seseorang. Jika seseorang itu mengikuti apa yang dinyatakan dalam agama mereka sudah tentu maruah diri mereka juga akan sentiasa terpelihara. 
   
IBU BAPA HENDAKLAH MEMBERI DIDIKAN AGAMA KEPADA ANAK-ANAK MEREKA

                   




No comments:

Post a Comment