KITA TIDAK HARUS BERGAUL BEBAS DENGAN RAKAN KITA
Pergaulan kita
dengan orang lain memainkan peranan penting dalam memelihara maruah diri kita. Kita
hendaklah tahu batas kita apabila kita bergaul dengan seseorang. Kita tidak
harus melampaui batas kita kerana orang lain akan mempunyai persepsi yang buruk
terhadap kita. Persepsi mereka akan menjejaskan imej kita dan maruah diri kita
akan tercemar. Sebagai contoh, jika seseorang perempuan bergaul bebas dengan
lelaki tanpa batas kemungkinan masyarakat akan mempunyai persepsi yang buruk
terhadap perempuan tersebut. Selain itu,lelaki tersebut mungkin mengambil
kesempatan atas perempuan tersebut. Ini tidak bermaksud lelaki dan perempuan
tidak boleh berkawan, maksud yang kami ingin sampaikan adalah jangan melampaui
batas anda. Jangan melampaui batas bermaksud , jangan sesekali membernarkan
persentuhan antara lelaki dan perempuan. Selain itu, kita tidak harus terpengaruh dengan rakan kita. Sebagai contoh, kita tidak harus mengikuti rakan-rakan yang mengajak kita untuk meminum arak atau ke disko. Ini merupakan salah dari segi agama
dan ini akan menambahkan dosa kita. Setiap agama berkata fakta yang sama dan
tiada agama yang mengalakkan pergaulan bebas. Sebab setiap agama tahu bahawa
kesan pergaulan bebas adalah sangat besar. Contohnya, jika satu pasangan lelaki
dan perempuan bergaul bebas, ada kemungkinan besar untuk mereka melakukan
hubungan seks. Ini akan mengakibatkan anak luar nikah. Kesannya, maruah diri
mereka serta maruah keluarga akan tercemar. Kedua-dua pihak akan malu untuk
berhubung dengan dunia luar kerana perbuatan yang tidak bermoral tersebut. Kita
hendaklah fikir masak-masak sebelum melakukan seasutu benda kerana ia akan menjejaskan
maruah diri mereka.
![]() |
LELAKI DAN PEREMPUAN MEROKOK BERSAMA |
Sy nak mntk copy awk punya tips ni boleh x..?
ReplyDelete